Cerita Auto

Audi A6 L e-tron untuk China Sahaja Mampu Capai 2.21/100km

Dengan kehadiran A6 L e-tron, Audi telah mengambil langkah penting dalam kecekapan penggunaan bahan api yang lebih hebat di China.  Model sedan ini telah dibangunkan khusus untuk pasaran China.  Pemanduan hibrid plug-in menghasilkan 245hp untuk prestasi yang berkuasa tinggi.  Model ini hanya menggunakan purata 2.2 liter minyak per 100 km.

audiA6etron6

Audi A6 L e-tron, yang beratnya hanya lebih 2,000 kg, memberikan prestasi sporti: Pecutan dari 0 hingga 100km/j mengambil masa hanya 8.4 saat, kelajuan tertinggi terhad kepada 210 km/j.  Menurut kaedah ukuran yang ditetapkan di China untuk kenderaan hibrid plug-in, iaitu penggunaan 2.2 liter minyak per 100 km, sepadan dengan 52 gram CO2 per km.  Audi A6 L e-tron 2.0 TFSI meliputi 50 km semata-mata dari kuasa elektronik dan dengan emisi tempatan sifar.  Maka ianya mengikut definasi Cina tentang Tenaga Kenderaan baharu.  Rangkaian total adalah 880 km.

audiA6etron4

Bateri ion-litium terdiri dari 104 sel dan menyimpan 14.1 kWh tenaga.  Terletak di bawah ruang bagasi, bateri ini mengurangkan sedikit jumlahnya – kapasiti 340 liter.  Maka kereta ini menawarkan ruang penyimpanan secukupnya untuk perjalanan jauh.  Teknologi pengecasan dua fasa membolehkan pengecasan dengan 7.2 kW tenaga.  Dengan infrastruktur yang sesuai dan kabel pengecasan tenaga tinggi, bateri boleh dicas sepenuhnya dalam lebuh kurang 2 jam.  Pada outlet rumah biasa di China, proses ini mengambil lebih lama iaitu lebih 8 jam, dan mudah dibuat pada waktu malam.

audiA6etron3-Copy

Sistem pengurusan hibrid pintar mengawal keadaan operasi Audi A6 L e-tron.  Pemandu boleh memilih antara empat mod pemanduan.  Mod ‘EV’ mengutamakan pemanduan elektrik hingga 135km/j.  Untuk mod ‘hibrid’, sistem pengurusan hibrid memilih jenis pemanduan untuk kecekapan sebaik boleh. Dalam mod ‘battery hold’, sistem menyimpan tenaga elektrik yang ada dan mengecas bateri dalam mod ‘battery charge’.  Sedan ini boleh beralih ke mod hibrid – apabila pemandu mengangkat kaki dari pedal pemecut, kedua pemanduan diaktifkan.  Motor elektrik mengambil alih hampir keseluruhan pembrekan, mengecas bateri.  Brek hidraulik digunakan hanya untuk brek berat.

audiA6etron7

Beberapa tanda visual dicam pada model plug-in hibrid Audi.  Roda aloi 18 inci menampilkan rekaan e-tron yang halus, dan lampu LED pada saluran masuk udara menghasilkan garisan berperingkat yang tersendiri.  Lambang e-tron menghiasi fender dan penutup but; diffuser menyembunyikan sistem hujung paip ekzos.

audiA6etron2-Copy

 

Previous post

Smart Fortwo Melangkah Masuk ke China

Next post

Lotus Akan Membina Kereta di China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *