Cerita Auto

Ducati Mengenepikan Kawasaki Dalam Ujian Jerez 2015

Tajuk utama dari ujian persendirian akhir Eropah berkisar tentang juara bertahan Sylvain Guintoli yang kemalangan pada pusingan ketiga pada hari pertama.  Beliau terkeluar dari ujian seterusnya kerana terpaksa pulang ke England untuk mendapatkan rawatan, meninggalkan juara Supersport Michael Van Der Mark meneruskannya untuk PATA Honda,

Seperti biasa, Giugliano tidak berapa jauh dari perangkap kelikir dan juga mengalami kemalangan pada hari kedua, namun ianya tidak menjadi penghalang untuk beliau kembali pada saat akhir untuk menetapkan masa pada 1:39:332, 3/10 lebih pantas dari Sykes dan hampir 2 saat dibawah masa pole Loris Baz.

Perlumbaan sengit antara rakan sepasukan Kawasaki British nampak sepeti akan mencipta sejarah untuk tahun 2015 dan Rea telah memulakannya dengan mencipta masa terpantas pada hari pertama, dengan mendahului Skyes kurang 10 saat, tetapi prosiding akhir hari Selasa, Tom mengambil alih dengan menamatkan perlumbaan keseluruhan di kedudukan kedua.

Davies juga gagal dipusingan keempat, 7/10 dari rakan sepasukan, manakala Leon Haslam ditempat kelima dengan Aprilia Red Devils Roma.  Alex Lowes cemerlang pada hari Isnin di tempat kedua sebelum jatuh ke tangga enam, di hadapan Michael van der Mark, Nicolas Terol dan Randy de Puniet.

Ujian akan disambung semula di Phillip Islands pada 16-17 Februari, hanya beberapa hari dari permbukaan musim pada 22 Februari.

Kawasaki_Jerez

Previous post

527 Kuasa Kuda Dari Kaege Tuned BMW M3

Next post

Red Bull Flag Off Musim F1 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *