Cerita Auto

Suzuki S-Cross Dilancarkan Pada Harga RM129,888

Pelancaran model Suzuki S-Cross premium terbaru yang anggun mencetus kepantasan bagaimana rekaan moden kini dicipta dari konsep menjadi reality.

Model Suzuki terbaru menjadi perintis automotif terkini pertama kali dipertujukkan pada tahun 2012, apabila ia telah menjadi tumpuan pada 2012 Mondial de l’Automobile (Paris Motor Show). Hanya enam bulan kemudian, versi pengeluaran telah dipamerkan di Pameran Auto Geneva, dengan jualan Eropah bergerak ke hadapan pada bulan Oktober 2013. Ini merupakan 13 bulan tempoh matang yang pendek dari konsep kepada realiti.  Berbanding dengan model Swift – yang dipertunjukkan di Pameran Paris 2002, tetapi hanya pada tahun 2005 kereta itu mula dijual.  Jadi, apa yang telah berlaku menyebabkan kepantasan proses ini berlaku dalam kurang dari satu dekad?

Model S-Cross telah meneruskan trend itu dan sekarang berada di Malaysia dimport sepenuhnya dengan rating keselamatan 5-bintang.  Berharga RM129,888, anda perlu uji pandu kereta Suzuki baru ini untuk menghargai nilainya.  Model Suzuki S-Cross ini 100kg lebih ringan dari generasi SX4 sebelumnya, walaupun saiznya lebih besar dengan panjang 4,300mm, lebar 1,765mm dan tinggi 1,575mm, lebih 150mm panjang, 10mm lebar dan 30mm rendah dari sebelumnya.  Untuk Malaysia, model S-Cross ini hanya boleh didapati dengan petrol enjinempat-silinder 1.6 liter dengan tork 86kW dan 156 Nm, sama seperti model CVT.

Putaran pantas

Ada beberapa sebab dan antara yang paling jelas adalah peningkatan kuasa computer.  Peraturan asas menentukan pemroseskan kuasa berganda setiap 18 bulan, maknanya masa yang diambil untuk menyiapkan program yang Sebab lain adalah kematangan pasaran yang berterusan, dengan konsep kereta kini digunakan untuk mengukur reaksi perubahan dunia sebenar. “Terdahulu, kami menggunakan konsep kereta untuk memamerkan eksperimental idea,” jelas Ketua Pereka Suzuki S-Cross, Takehito Arai. “Kami akan menggunakannya sebagai percubaan gambaran futuristic dan teknologi, untuk memahami reaksi orang ramai dan memberikan informasi bagi model yang berpotensi  pada masa depan.

Memberikan pembeli apa yang mereka mahu

‘Kami tahu pembeli mahu lebih luas ruang, lebih perbaikan dan ekonomi bahan api yang luar biasa, manakala masih mengekalkan penampilan ‘keseronokan memandu’  yang wujud dalam semua kereta Suzuki.“Ini bermakna kita boleh menggunakan konsep S-Cross di Paris untuk melihat tindak balas mereka kepada rekaan gaya ringan yang mungkin berpeluang untuk menjadi versi pengeluaran akhir.”

suzuki-s-cross

 

Previous post

Toyota Mirai Dilancarkan Dengan Rangkaian Sistem Sel-Bahan Api 500km (TFCS)

Next post

Bosch Kata Kami Akan Beli Lebih Kereta Yang Guna Sel Bahan Api. Anda Rasa?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *