Berita Auto

Volvo Perkenal Pakej Polestar Engineered Untuk S60, V60 dan XC60

Tidak lama lagi, model Siri 60 Volvo iaitu S60, V60 dan XC60 akan boleh didapati dengan pakej naik taraf yang dikenali sebagai Polestar Engineered. Diposisikan di atas versi R Design, Polestar Engineered hanya ditawarkan untuk varian T8 Twin Engine plug-in hybrid.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pakej tersebut merangkumi beberapa bahagian termasuk unit kawalan enjin yang telah ditala bagi memberikan peningkatan sebanyak 15 hp dan 30 Nm berbanding versi standard, menjadi kuasa keseluruhan 415 hp dan 670 Nm. Bukan itu sahaja, naik taraf perisian ini juga memberikan tahap penggunaan bahan api dan penukaran gear yang lebih baik.

2019-volvo-s60-polestar-engineered (2)

Aspek pengendalian turut dipertingkatkan dengan penyerap hentak boleh laras Ohlins dan strut bar yang diambil dari model Polestar 1. Sistem brek pula dinaik taraf dengan angkup mono-block Brembo dengan cakera ‘slotted’ yang direka bagi tujuan pengurangan haba.

2019-volvo-s60-polestar-engineered (4)

Selain itu, penampilan model yang dilengkapi dengan pakej Polestar Engineered ini juga diberi sentuhan menarik menerusi lencana Polestar, muncung ekzos dengan kemasan krom hitam serta tali pinggang keselamatan berwarna kuning keemasan.

2019-volvo-s60-polestar-engineered (5)

Polestar Engineered akan ditawarkan pada model S60 baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Pemilik V60 dan XC60 hanya boleh mendapatkan pakej ini bermula tahun depan.

2019-volvo-s60-polestar-engineered

 

Previous post

Anda Mahu Muscle Car Ford Shelby GT350 Ini?

Next post

BMW Group Malaysia Terus Komited Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *