Berita Auto

Volkswagen Golf GTI TCR Bakal Muncul di Wörthersee

Perhimpunan Golf GTI terbesar yang akan berlangsung di Tasik Worth atau Wörthersee pada 9 Mei ini akan menyaksikan kemunculan Golf GTI TCR. Ia dikatakan hampir sedia untuk memasuki fasa pengeluaran dan akan dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dibangunkan berasaskan jentera lumba bagi Siri Perlumbaan TCR, model ini tampil lebih berkuasa berbanding Golf GTI standard dengan 290 hp antara 5,000 hingga 6,800 rpm dan 370 Nm antara 1,600 hingga 4,300 rpm. Transmisi automatik dwi-klac menyalurkan kuasa ke gandar hadapan manakala ‘differential lock’ pada gandar tersebut memastikan cengkaman berada pada tahap terbaik.

volkswagen-golf-gti-tcr (1)

Menurut Volkswagen, kereta ini mampu mencapai kelajuan maksimum 250 km/j namun mereka yang lebih berhati kering boleh memilih untuk membuang pengehad untuk mencapai 264 km/j. Ini menjadikan Golf GTI TCR varian paling laju dalam barisan modelnya.

vw-golf-gti-tcr-road-car-teaser

Golf GTI merupakan salah satu kereta sport kompak terlaris dunia dengan jualan yang mencecah 2.2 juta unit sejak dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1976. Model pertama mempunyai 110 hp dan terjual sebanyak 5,000 unit.

vw-golf-gti-tcr-road-car-teaser (1)

Previous post

Toyota Camry 2018 Dengan Sistem Hibrid Baharu

Next post

SUV Volkswagen Touareg Generasi Ketiga

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *