Berita Auto

Harga Kenderaan Honda Turun Dengan 0% GST

Honda Malaysia telah mengumumkan pengurangan harga berikutan langkah kerajaan Malaysia untuk menetapkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 0% bermula 1 Jun 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Barisan model pemasangan tempatan (CKD) iaitu Jazz, Jazz Hybrid, BR-V, City, City Hybrid, HR-V, Civic, CR-V dan Accord menyaksikan penurunandari RM4,088 hingga RM9,573 manakala harga model-model import (CBU) iaitu Odyssey dan Civic Type R masing-masing berkurang sebanyak RM14,362 dan RM18,072.

Menurut pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, pelanggan yang membeli model Honda terpilih sepanjang bulan Jun 2018 juga layak untuk promosi ‘Welcome Festive Rewards’ yang menjanjikan penjimatan tambahan serta bonus.

Selain itu, kadar sifar GST turut sah untuk alat ganti dan servis penyelenggaraan termasuk kos buruh serta akesori Honda.

 

Previous post

Kumpulan Etiqa & Takaful Malaysia Menang Anugerah Insurans Motor Terbaik 2018

Next post

Sime Darby Auto Connexion Lancar Permainan Dalam Talian 'Ford for Food'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *