Konsep / Lakaran / Intipan

Tiada Lagi Enjin V12 Bagi Mercedes-AMG

Berbekalkan 621 hp dan 1,000 Nm, enjin 6.0-liter twin-turbo V12 keluaran Mercedes-AMG adalah antara enjin 12 silinder yang terkuat di pasaran. Namun sayangnya setelah empat tahun berada di pasaran, penjualan enjin tersebut mungkin akan dihentikan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bercakap kepada Car and Driver, Ketua Pegawai Eksekutif AMG Tobias Moers berkata bahawa syarikat itu akan berhenti menawarkan enjin tersebut secara berperingkat. Beliau turut menambah bahawa AMG akan mengambil pendekatan yang berbeza bagi varian tertingginya.

Pada masa ini, enjin yang turut dikenali sebagai M279 itu boleh didapati pada model S65, SL65 dan G65. Model-model ini akan kekal dengan enjin tersebut sehingga versi terbaru diperkenalkan.

Bagaimanapun, pengeluaran M279 tidak akan dihentikan sepenuhnya. Mercedes-AMG akan terus membekalkan enjin itu kepada jenama yang berada di bawah naungannya seperti Mercedes-Maybach.

Previous post

Skandal Pelepasan Dieselgate Selepas 365 Hari

Next post

BMW Prebiu Instrumen Digital Baharu Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *