Berita Auto

Tempahan Nissan Serena S-Hybrid Serba Baharu Dibuka

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan bahawa tempahan Nissan Serena S-Hybrid generasi kelima serba baharu kini sudah dibuka dan dijangka dilancarkan pada Mei 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sama seperti model terdahulu, varian 2.0 liter CVTC Berkembar dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT dan Kawalan Syif Adaptif (ASC); enjin ini mampu menjana kuasa maksimum 150 PS pada 6,000 rpm dan tork 200 Nm pada 4,400 rpm. Penggunaan Dual Arm Tensioner (DAT) baharu pula menghasilkan ketegangan rendah pada tali sawat bagi mengurangkan masalah kehilangan kuasa serta meningkatkan efisiensi bahan api.

Sistem Hibrid Pintar pada Serena S-Hybrid serba baharu merupakan sistem hibrid yang kompak. Ia didatangkan dengan motor ECO yang dinaik taraf bagi mengawal sistem berhenti melahu dan memberi tambahan kuasa tork apabila memecut dari titik pegun. Ia juga berfungsi sebagai unit alternator semasa nyah pecutan untuk memudahkan pemulihan tenaga.

?????????????????????????????????????

Penambahbaikan pada enjin kenderaan ini membolehkannya menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/l (NEDC R101), menjadikan Serena S-Hybrid serba baharu bertaraf EEV (Energy Efficient Vehicle).

Serena S-Hybrid mengambil langkah revolusi dengan dilengkapi pelbagai ciri Nissan Intelligent Mobility (NIM). Ini termasuklah Monitor Pintar Pandangan Sekeliling (I-AVM) dengan 4 buah kamera yang menawarkan satu pandangan maya, 360° dari arah atas kenderaan untuk memudahkan navigasi. Pengesan Objek Bergerak (I-MOD) pula mampu mengesan pergerakan objek di sekeliling, seterusnya memberi amaran kepada pemandu.

?????????????????????????????????????

Pintu gelongsor berkembar dengan pengesan kaki yang baru boleh beroperasi dengan mengesan pergerakan kaki di bawah pintu untuk membuka atau menutupnya. Terdapat juga 7 tempat duduk ‘Captain Seats’ dengan 7 saluran USB untuk semua penumpang pengecas peranti masing-masing.

6 beg udara kini hadir sebagai ciri standard pada Serena S-Hybrid serba baharu. Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Jejak (TCS), Sistem Brek-Antikelincir (ABS), Bantuan Membrek (BA), Agihan Kuasa Membrek Elektronik (EBD), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak tempat duduk kanak-kanak dengan Top Tether (ISOFIX x2).

?????????????????????????????????????

Serena S-Hybrid serba baharu sudah boleh dilihat secara dekat di beberapa buah pusat membeli-belah terpilih mulai 3 April. Dalam pameran island display dan siri jelajah ini, orang ramai boleh memuat turun aplikasi augmented reality (boleh didapati pada Android dan IOS) untuk melihat kenderaan ini pada masa sebenar dengan maklumat digital tentang Serena S-Hybrid serba baharu.

Jadual pameran island display:

Tarikh Wilayah Lokasi
3 – 8 April PantaiTimur AEON KB, Kota Bahru
3 – 8 April Tengah IPC Shopping Mall, Petaling Jaya
5 – 8 April Tengah Tropicana City Mall, Petaling Jaya
6 – 8 April Sarawak Vivacity Megamall, Kuching
7 – 8 April Sabah Imago Times Square, Kota Kinabalu
11 -15 April Tengah Alamanda Mall, Putrajaya
12 – 15 April Southern AEON Seremban 2, Seremban
17 – 22 April Tengah AEON Shah Alam, Selangor
20 – 22 April Selatan Sutera Mall, Johor Bahru
23 – 29 April Tengah Sunway Pyramid, Sunway
25 – 29 April Tengah One Utama, Petaling Jaya
26 – 29 April Utara Queensbay Mall, Penang
26 – 29 April Selatan MYDIN MITC, Melaka
27 – 29 April Tengah Melawati Mall, Kuala Lumpur
27 – 29 April Tengah 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur
27 April – 1 May Tengah IOI City Mall, Putrajaya
3 – 6 May Tengah Starling Mall, Petaling Jaya
3 – 6 May Utara Ipoh Parade, Ipoh
3 – 6 May Utara Gurney Plaza, Penang

 

Jadual siri jelajah:

Tarikh Wilayah Lokasi
3 – 8 April Selatan AEON Bukit Indah, Johor Bahru
6 – 8 April Tengah Leisure Mall Cheras, Kuala Lumpur
26 – 29 April Tengah MAI Autoshow @ MAEPS, Serdang
26 – 29 April PantaiTimur Kuantan City Mall, Kuantan
2 – 6 May Tengah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
3 – 6 May Tengah Empire Shopping Gallery, Subang
4 – 6 May Tengah iCar Asia Test & Buy @ Setia City Convention Centre
Previous post

Beli Honda Civic Type R dan Menangi Percutian ke Jepun Untuk Menyaksikan Perlumbaan F1

Next post

1-Series Hot Hatch Semua Baharu BMW

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *