Sukan

Porsche 919 Hybrid Evo Lebih Pantas Berbanding Jentera F1 di Litar Spa

Litar Spa-Francorchamps yang terletak di Belgium adalah antara venue perlumbaan Formula 1 yang paling popular. Catatan masa terpantas di litar sepanjang 7.004 km itu dipegang oleh Lewis Hamilton dengan masa 1:42.553 yang dilakukan pada tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagaimanapun, rekod tersebut telah berjaya dipecahkan oleh pemandu Porsche iaitu Neel Jani yang mencatat 1:41.770 dalam jentera 919 Hybrid Evo. Beliau mencapai kelajuan maksimum 359 km/j dengan kelajuan purata 245.61 km/j.

neel-jani-porsche-team

Jentera yang digunakan oleh Jani pada asasnya tidak sama dengan jentera 919 Hybrid yang pernah memenangi perlumbaan Le Mans 24 Hours tiga kali berturut-turut. Ia telah menerima beberapa penambahbaikan dari segi aerodinamik termasuk Drag Reduction System (DRS), serta diffuser dan spoiler yang lebih besar.

porsche-919-hybrid-evo-porsche-team-andre-lotterer-neel-jani-timo-bernhard (1)

Ia dikuasakan oleh enjin yang sama seperti sebelum ini iaitu enjin 2.0-liter V4 yang disambungkan dengan dua sistem pemulihan tenaga yang mendapat bekalan tenaga dari brek dan ekzos. Jika sebelum ini ia menghasilkan 500 hp, enjin turbo itu menghamburkan 720 hp dalam 919 Hybrid Evo. Kuasa dari sistem pemulihan tenaga tersebut juga meningkat dari 400 ke 440 hp.

porsche-919-hybrid-evo-porsche-team-andre-lotterer-neel-jani-timo-bernhard (2)

Bukan itu sahaja, jentera itu juga lebih ringan sebanyak 39 kg, menjadikan berat keseluruhannya 849 kg. Ini dicapai dengan membuang semua komponen yang tidak diperlukan untuk percubaan ini termasuk penyaman udara, sensor, peranti elektronik untuk kawalan perlumbaan, lampu serta sistem tuil pneumatic.

Previous post

Ford Focus Generasi Keempat Tampil Dengan Enjin dan Teknologi Terkini

Next post

Kerjasama Baharu Antara Jaguar Land Rover Dan 007 Elements

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *