Berita Auto

Pininfarina Dedah Kereta Konsep Kedua Untuk Beijing Motor Show

Setelah mendedahkan imej teaser bagi H500 yang akan muncul di Beijing Motor Show, Pininfarina kini menyiarkan pula imej teaser bagi satu lagi kenderaan elektrik konsep iaitu K350.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bakal diperkenalkan di venue yang sama, K350 merupakan model SUV ketiga yang dihasilkan menerusi kerjasama antara Pininfarina dan Hybrid Kinetic Group (HKG) selepas K550 dan K750 yang diperkenalkan tahun lalu.

Ia mempunyai rekaan luaran yang kemas dan moden dengan bumbung ala kereta coupe manakala warna hitam yang digunakan pula membuatkan ia kelihatan lebih rendah. Bahagian dalaman mempunyai empat tempat duduk, menunjukkan bahawa ia lebih kompak berbanding K550 dan K750 yang masing-masing menampilkan lima dan tujuh tempat duduk.

pininfarina-k350-teaser (1)

Pininfarina tidak menyatakan rangkaian kuasa yang akan digunakan bagi K350, namun ia dijangka menggunakan pacuan elektrik sepenuhnya seperti H500.

Previous post

Lotus Exige Cup 430 Type 25 Ini Mungkin Sudah Habis Dijual

Next post

Mengapalah Ford Focus RS Diabaikan Disini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *