Berita Auto

Pagani Tamat Pengeluaran Huayra Coupe Dengan Model Edisi Khas

Selepas tujuh tahun diperkenalkan, pengeluaran Pagani Huayra coupe akhirnya tiba ke penghujung dengan unit ke-100 yang diinspirasikan oleh jentera F1 Mercedes-AMG yang dipandu oleh Lewis Hamilton.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Digelar sebagai L’Ultimo, Huayra terakhir itu dibina untuk Brett David, CEO Prestige Imports yang merupakan sebuah pengedar kenderaan Pagani di Miami, Florida.

the-final-pagani-huayra-coupe

Menurut Pagani, model ini mengambil masa lapan bulan untuk dibina. Selain daripada warna perak, bahagian luaran Huayra L’Ultimo turut dihiasi dengan jalur hijau Petronas yang merupakan penaja utama pasukan Formula 1 tersebut. Tema yang sama turut digunakan di dalam kabin, dengan warna putih digunakan untuk tempat duduk.

the-final-pagani-huayra-coupe (3)

Tiada perubahan bagi aspek teknikal. Seperti Huayra lain, unit terakhir ini menggunakan khidmat enjin Mercedes-AMG 6.0-liter twin-turbo V12 yang menghasilkan 720 hp dan 1,000 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan.

 

Previous post

Peluang Untuk Miliki Satu-satunya BMW M3 30 Years American Edition

Next post

PROTON Yakin Pada Hasil Usaha Menaiktaraf Rangkaiannya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *