Motosikal / Lain Lain Roda

Kawasaki Z900 Kini Dalam Warna Metallic Green Black – RM49,158

Kawasaki Motors Malaysia telah mengumumkan bahawa Z900 kini boleh didapati dalam warna Metallic Green Black baharu. Ia akan ditawarkan di samping pilihan warna sedia ada iaitu kelabu (Standard) serta merah dan biru metalik (Special Edition).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dilancarkan pada tahun lalu, Z900 merupakan pengganti kepada Z800. Ia dikuasakan oleh enjin 948 cc empat silinder dengan 125 PS pada 9,500 rpm dan 98.6 Nm pada 7,700 rpm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi enam kelajuan dengan klac ‘slipper’.

18ZR900B_40SGN2DRF2CG_A (1)

Z900 dibina berasaskan rangka Trellis seberat 13.5 kg yang menyumbang kepada pengendalian yang lebih lincah. Motosikal itu juga dilengkapi dengan fork terbalik bersaiz 41 mm dengan fungsi “stepless rebound damping” dan “spring preload adjustability”, serta suspensi belakang mendatar.

Previous post

Perodua Komited Hasilkan Alat Ganti Myvi Generasi Kedua

Next post

Ford Mustang Kereta Sports Coupe Paling Laris Di Dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *