Berita Auto

Honda Small RS Concept Untuk Golongan Berjiwa Muda

Acara Indonesia International Motor Show (IIMS) 2018 yang berlangsung pada minggu ini menyaksikan kemunculan Honda Small RS Concept. Direka oleh pusat R&D Honda Asia Pacific, kereta konsep ini memberi bayangan kepada Brio generasi seterusnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut pengarah presiden PT Honda Prospect Motor (HPM), Takehiro Watanabe, Small RS Concept memperlihatkan visi Honda tentang bagaimana sebuah kereta sport kecil sepatutnya dihasilkan. Ia direka untuk pelanggan berjiwa muda untuk kegunaan harian dan pada masa yang sama menawarkan pemanduan sporty.

Small RS Concept tampil dengan tema penggayaan yang sama dengan model-model terkini Honda, terutamanya jika dilihat pada bahagian jeriji. Sifat agresifnya diserlahkan lagi menerusi komponen seperti skup udara pada hud enjin, skirt sisi, diffuser, spoiler belakang serta rim berwarna hitam sebagai padanan kepada warna jingga.

honda-small-rs-concept (1)

Varian RS tidak asing lagi bagi kenderaan Honda dalam pasaran Indonesia. Antara model yang mempunyai varian tersebut adalah Jazz, Brio dan Mobilio.

 

Previous post

BMW X3 Baharu Dilancarkan - RM320,000

Next post

Azroy Pamer Aksi Positif di Australia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *