Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha XMax 250 Masuki Pasaran Malaysia – RM22,498

Hong Leong Yamaha Motor telah mengesahkan bahawa Yamaha XMax 250 akan mula berada di semua wakil pengedar Yamaha menjelang akhir bulan ini. Skuter ‘maxi’ ini membuat kemunculan pertamanya ketika pelancaran MT-09 pada bulan Januari lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Boleh didapati dalam warna Metallic White dan Rusty Bronze, XMax 250 dijual pada harga RM22,498.50 termasuk GST.

????????????????????????????????????????

Ia dikuasakan oleh enjin 250 cc silinder tunggal SOHC dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 22.5 hp pada 7,000 rpm dan 24.3 Nm pada 5,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan tali sawat-V automatik yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

4. Yamaha XMax HANDY 12V

Antara kelengkapan standard yang disertakan termasuklah lampu hadapan dan belakang LED, instrumen panel LCD dan soket 12V yang boleh digunakan untuk mengecas peralatan elektronik.

7. Yamaha XMax LARGE UNDERSEAT

Model ini juga mempunyai ruang simpanan di bawah tempat duduk yang cukup besar untuk memuatkan dua topi keledar ‘full face’. Bar hendal dan penghadang angin boleh laras pula memberikan Xmax 250 kelebihan dari segi aerodinamik.

1. Yamaha XMax POWERFUL ENGINE

Aspek keselamatan pula merangkumi ABS pada kedua-dua tayar, Traction Control dan sistem kunci pintar.

 

Previous post

Daimler AG Mengalu-alukan Li Shufu, Pemegang Saham Jangka Panjang Baharu

Next post

Polestar 1 Sudahpun Mempunyai 6,000 Pelanggan Sedia Ada

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *