Motosikal / Lain Lain Roda

Vespa GTS Super 300 Kini di Malaysia – RM28,202

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, telah melancarkan Vespa GTS Super 300 baharu yang menggabungkan gaya dan prestasi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikuasakan oleh enjin Quasar 300 cc, GTS Super 300 merupakan salah satu skuter paling berkuasa di pasaran dengan 21.2 hp pada 7,750 rpm dan 22 Nm tork pada 5,000 rpm. Enjin silinder tunggal itu bukan sahaja menjanjikan pecutan berkuasa, malah tindak balas pendikit yang segera.

Vespa GTS Super 300

Dari segi reka bentuk, model ini tampil bergaya dengan lampu LED dan lampu isyarat pada bahagian hadapan. Ia boleh dimiliki dalam empat warna pilihan iaitu Monte Bianco (putih), Verde Speranza (hijau), Grigio Titianio (hitam) dan Giallo Gelosia (kuning).

Vespa GTS Super 300

Antara ciri kemudahan yang disediakan termasuklah skrin LCD, port USB untuk pengecasan alat elektronik, pelana yang boleh dibuka dari jauh dan ciri ‘bike finder’.

Vespa GTS Super 300

Bagi aspek keselamatan, GTS Super 300 dilengkapi dengan ABS pada kedua-dua tayar dan Anti Slip Regulation (ASR) yang meningkatkan lagi kawalan yang membolehkan ia ditunggang menerusi trafik dengan lebih lancar. Selain itu, immboliser yang mengunci unit kawalan enjin selepas kunci dicabut keluar turut disertakan.

Vespa GTS Super 300

GTS Super 300 kini boleh didapati di bilik pameran Vespa terdekat dengan harga atas jalan RM28,202.50 (termasuk GST).

Vespa GTS Super 300

Previous post

Toyota Kemaskini Hilux dan Sienta

Next post

Lamborghini Urus Super SUV Tiba di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *