Motosikal / Lain Lain Roda

UniMAP Terima 4 Unit Motosikal Daripada Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memberi sumbangan berupa empat buah motosikal kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Motosikal-motosikal tersebut yang terdiri daripada model Lagenda 115, Nouvo LC, 135 LC dan FZ150i disampaikan oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato’ Jim Khor kepada Timbalan Naib Canselor UniMAP, Professor TS Dr Uda Hashim.

Ia akan digunakan oleh Unit Penyelidikan Teknologi Motorsport (MoTECH) untuk kursus pemanduan selamat yang dianjurkan khas untuk pelajar UniMAP, agensi kerajaan serta orang ramai.

“Kesedaran keselamatan jalan raya adalah tumpuan utama tanggungjawab sosial korporat Yamaha dan kami sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama strategik ini. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat melihat sumbangan HLYM dalam membantu meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan pada masa yang sama, mempromosikan kemahiran menunggang yang lebih selamat di kalangan komuniti kita, terutamanya para belia,”kata Dato Jim Khor.

Previous post

Range Rover Sport SVR Kalahkan Ferrari 458 Italia

Next post

Acura RDX Generasi Ketiga ke New York Auto Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *