Berita Auto

Hati-hati Dengan Pihak Menyamar Sebagai Wakil Jualan Perodua

Berikutan penahanan suspek berhubung dengan penipuan yang melibatkan penjualan kenderaan Perodua baru-baru ini, Perodua Sales Sdn Bhd ingin menggesa orang ramai untuk lebih berhati-hati apabila membuat transaksi pembelian kenderaan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut laporan media, pihak polis telah menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil jualan Perodua dalam portal pasaran atas talian yang popular yang telah menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit kepada mangsa.

“Penipuan ini melibatkan penjualan kenderaan baru serta dan pra-milik jenama Perodua (POV),” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

Bilik pameran Perodua Kuala Lumpur

Bilik pameran Perodua Kuala Lumpur

Dr Zahari menasihati orang ramai supaya tidak membuat bayaran kepada akaun individu kerana prosedur operasi standard adalah untuk membuat pembayaran kepada Perodua Sales Sdn Bhd atau wakil jualan yang sah. Beliau juga meminta semua pelanggan untuk menuntut resit asal apabila membuat sebarang pembayaran.

“Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa setakat ini kenderaan POV Perodua hanya dijual di outlet Perodua Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang,” tambah beliau lagi.

Dibuka secara rasmi pada Oktober 2017, pusat POV Perodua menawarkan kenderaan Perodua terpakai berusia sehingga tujuh tahun yang telah melalui pemeriksaan 165 poin oleh Perodua sendiri. Kenderaan tersebut juga mempunyai jaminan tambahan sehingga 18 bulan bagi enjin dan transmisi.

Previous post

Proton Memberikan Tumpuan Kepada Kualiti dan Inisiatif Jualan

Next post

Perbezaan Antara Helmet Yang Murah Dengan Helmet Yang Baik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *