Berita Auto

Perodua tetapkan sasaran jualan 209,000 bagi 2018

Perodua menyasarkan untuk menjual 209,000 kenderaan untuk 2018 – 2% lebih tinggi berbanding jumlah kenderaan yang didaftarkan pada tahun 2017 iaitu 204,900. Sasaran ini adalah susulan daripada  permintaan kukuh yang berterusan untuk barisan model semasa.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Momentum yang dibawa oleh Bezza pada awal 2017 dan permintaan berterusan untuk model-model lain telah membantu menjadikan kami pengeluar kereta terlaris di Malaysia untuk tahun ke-12 berturut-turut,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Berdasarkan pengiraan dalaman kami, kami menjangkakan jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk meningkat kepada 590,000 unit pada 2018, yang akan menyaksikan bahagian pasaran kami kekal pada tahap di atas 35%,” tambah beliau.

Mengenai prestasi jualan semasa, Datuk (Dr) Aminar berkata walaupun angka 204,900 melebihi sasaran awal Perodua sebanyak 202,000, ia masih sedikit lebih rendah berbanding 207,100 yang dicatatkan pada 2016.

Perodua Myvi

Bagaimanapun, beliau menjangkakan peningkatan pada tahun ini dengan keadaan ekonomi yang menggalakkan serta dengan pelancaran Myvi baru-baru ini. Sejak tempahannya dibuka pada November tahun lalu, Perodua telah menerima lebih 36,000 tempahan dengan 11,000 daripadanya telah diserahkan.

Selain itu, aspek pengeluaran juga dijangka akan menyaksikan peningkatan kepada 215,334 unit pada tahun ini berbanding 200,146 unit pada tahun laluu. Perodua mempunyai dua fasiliti pengeluaran iaitu Perodua Manufacturing Sdn Bhd untuk Myvi dan Alza dan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd untuk Axia dan Bezza.

Selepas jualan juga mengalami pertumbuhan positif dengan 2.1 juta kemasukan pada tahun lalu. Angka itu dijangka meningkat kepada 2.14 juta bagi tahun ini.

Previous post

UMW Toyota mula menyerahkan Harrier serba baru

Next post

8 Ciri Anda Perlu Tahu Mengenai Hibrid Plugin Mercedes E350

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *