Berita Auto

Nikmati pelbagai ganjaran dan tawaran dari Nissan sempena Tahun Baru Cina

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini menamatkan sambutan Ulang Tahun ke-60 Tan Chong Group dan memulakan sambutan awal tahun dengan ganjaran serta tawaran hebat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi sebuah Nissan Teana 2.5L XV baharu setiap bulan dari Januari hingga Mac 2018, mata ganjaran AirAsia Big atau peralatan elektrik premium Hitachi bernilai sehingga RM600,000 dengan setiap pembelian kenderaan baharu Nissan.

?????

Bukan itu sahaja, kempen tersebut menawarkan Set Golden Fortune Bonus yang menarik ke atas model- model terpilih engan pilihan yang merangkumi penjimatan sehingga RM12,000 atau promosi RM1 untuk pakej aksesori premium dan rebat sehingga RM10,500.

ETCM juga akan memulakan Karnival Pandu Uji Tahun Baru Cina Nissan 2018 di beberapa bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara. Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah Nissan untuk mendapatkan pelbagai tawaran hebat, menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti tarian singa, kaligrafi dan permainan dengan hadiah menarik.

 

Print

Selain itu, Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) dan RHB Insurance secara rasmi telah melancarkan perlindungan insurans Return To Invoice-Guaranteed Asset Protection (RTI-GAP) baharu – TC GAP Protector – dengan premium yang lebih mampu milik, eksklusif kepada para pemilik kenderaan Nissan.

????????????????????????????????????????????????

TC GAP Protector menyediakan perlindungan kehilangan pendapatan atau kewangan dengan faedah maksimum sehingga RM140,000 jika kenderaan pelanggan lupus sepenuhnya akibat kemalangan, terbakar atau dicuri, selain pembayaran daripada insurans motor. Insurans ini melibatkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

????????????????????????????????????????????????

Terdapat tiga pelan insurans – Pelan A, B dan C dengan perlindungan maksimum sehingga lima tahun. Insurans ini boleh diperoleh menerusi pembayaran premium sekali gus berdasarkan harga pembelian dan jumlah tahun insurans itu akan berkuat kuasa. Tempoh insurans berkuat kuasa secara serta-merta bermula tarikh polisi. Ia hanya sah untuk kenderaan baharu dan sedia ada dengan pendaftaran peribadi serta tidak berusia lebih 12 bulan selepas pendaftaran pertamanya.

Premium yang perlu dibayar untuk model-model terpilih Nissan adalah seperti berikut:-

Nissan TC Gap Protector

Klik untuk besarkan

Previous post

Audi Sedia Cabar BMW 8-Series

Next post

Eropah Mahu Memastikan Powertrain Diesel Tidak Pupus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *