Berita Auto

Bilik pameran Genesis Gangnam sediakan pandu uji realiti maya

Genesis, jenama mewah yang bernaung di bawah kumpulan Hyundai, telah membuka bilik pameran terbarunya yang terletak di sekitar kawasan perniagaan Samsung-dong, Gangnam-Gu, di Seoul, Korea Selatan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikenali sebagai Genesis Gangnam, bilik pameran unik ini direka oleh firma seni bina yang terkemuka di dunia iaitu Office for Metropolitan Architecture (OMA) yang diketuai oleh Rem Koolhaas.

genesis-gangnam-showroom 02

Berbeza dengan bilik pameran lain yang menggunakan tingkap kaca, hanya sebahagian kecil bilik pameran ini boleh dilihat dari luar bagi mewujudkan ruang privasi antara pelanggan dan produk.

genesis-gangnam-showroom 03

 

Genesis Gangnam menampilkan kesemua produk Genesis iaitu G90, G80, G80 Sport serta G70 yang dilancarkan baru-baru ini. Bahan untuk visualisasi dan perbandingan seperti pilihan warna, kayu dan kulit juga disediakan untuk memudahkan pelanggan.

genesis-gangnam-showroom 04

Apa yang paling menarik adalah Launch Bay, sebuah ruang khas di mana pelanggan boleh memandu uji kenderaan secara realiti maya (virtual reality). Sistem tersebut menyediakan lima jenis laluan iaitu Urban Green, Urban Highway, Dynamic, K-Road dan Short Course yang dibangunkan berdasarkan jalan dan lebuh raya sekitar Gangnam.

 

Previous post

Tawaran Sime Darby Auto Connexion-Ford sempena Tahun Baru Cina

Next post

Volkswagen menawarkan pelbagai hadiah menarik sempena Tahun Baru Cina

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *