Sukan

Azlan, Akid Juara ARRC 2017

Dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Akid Aziz mengesahkan gelaran selaku Juara Asia dalam kategori masing-masing sebaik musim 2017 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) melabuhkan tirai di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Azlan yang beraksi untuk musim kedua bersama Manual Tech KYT Kawasaki Racing merekodkan gelaran keduanya dalam kelas SuperSports 600cc ARRC selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk mengumpul 155 mata keseluruhan, hanya dua mata mengatasi rakan senegara, Mohd Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing).

Bermula dari petak keempat, Azlan bermula dengan baik untuk bersaing dalam kelompok empat pelumba bersama-sama Chalermpol Polaimai, Anthony West dan Thitipong Warokorn manakala Apiwat Wongthananon bersendirian mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Selepas berada di kedudukan keempat pada satu ketika, Azlan terpaksa mengerah jentera pada saat akhir untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 29’59.060s manakala Apiwat muncul juara dengan masa keseluruhan 29’53.158s. West menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, 29’55.549s.

Azlan in action

Penamat di tangga ketujuh meletakkan Zaqhwan sebagai naib juara keseluruhan dengan 153 mata manakala Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10) yang tamat di kedudukan kelapan di tangga ketiga keseluruhan dengan 149 mata.

Sementara itu, Md Akid Aziz mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan pertama kategori Underbone 150cc sekaligus turut menamatkan penantian juara underbone dari Malaysia setelah kali terakhir dimenangi Mohd Affendi Rosli pada tahun 2009.

Pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor itu menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan untuk mengumpul 177 mata keseluruhan, 12 mata mengatasi naib juara, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) manakala tempat ketiga keseluruhan menjadi milik rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairus yang mengumpul 141 mata keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan terakhir musim 2017 di tempat ketujuh.

AKID AZIZ - OVERALL UB150

Gelaran ini adalah gelaran keseluruhan kedua Akid pada tahun 2017 setelah turut muncul juara keseluruhan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Saingan Perlumbaan 2 dimenangi oleh Azroy Hakeem Anuar (Yuzy Honda Vietnam Racing) yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa 16’46.680s diikuti Wahyu di tempat kedua, 16’46.786s manakala Md Helmi Azman (ONEXOX TKKR Racing Team) yang menamatkan perlumbaan di tangga keempat dengan masa keseluruhan 16’46.859s naik ke kedudukan ketiga setelah pemenang tempat ketiga, Anggi Setiawan (Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing) digugurkan dua kedudukan kerana kesalahan melebihi laluan litar yang dibenarkan.

Previous post

Mercedes-Benz CLS generasi ketiga tampil dengan enjin enam silinder

Next post

Pemenang Promosi BHPetrol Touch 'n Go Reload & Win Diumumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *