Gaya Hidup

Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia

Quick Ride Sdn Bhd, entiti yang dikonsepkan oleh Cartrade Group dan Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB) telah dirasmikan hari ini di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

KAPB dengan kerjasama Uber memilih PROTON dan membentuk perkongsian pintar untuk usaha ini. Quick Ride adalah syarikat operasi yang akan menyewa kereta Proton kepada individu yang berkelayakan untuk menjadi rakan kongsi pemandu dengan network e-hailing Uber di Lembah Klang. Peluang ini disasarkan terutama sekali kepada graduan yang menganggur, warganegara penganggur atau mereka yang berminat untuk menambah pendapatan utama mereka sekarang dengan harapan mereka dapat memenuhi cabaran kos sara hidup hari ini. Mereka yang bertemu keperluan mandatori dan bersemangat untuk menjana sumber pendapatan yang besar, boleh memajak sama ada Proton Saga baru (pada RM45 sehari) atau Proton Persona (pada RM55 sehari).

Ciri unik kumpulan kereta Uber di bawah Quick Ride adalah Wifi yang boleh didapati di kenderaan serta tablet interaktif digital pada poket tempat duduk belakang yang menyediakan perjalanan yang mudah lagi bermaklumat. Kenderaan Quick Ride akan diletakan dibawah rangkaian kenderaan UberX dalam aplikasi ride Uber.

Buat permulaan, 1,000 unit kereta akan dipajak kepada bakal pemohon. Bilangan kereta dirancang meningkat kepada 10,000 unit dalam tempoh dua tahun akan datang, mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih di negara ini. Yakinlah, kos penyelenggaraan kenderaan (kecuali tayar dan bahan api), cukai jalan dan insurans akan disokong oleh Quick Ride.

Anda layak jika anda;

● adalah warganegara Malaysia
● berumur 21 tahun dan ke atas
● memegang lesen memandu yang sah
● mempunyai keupayaan untuk memandu sepenuh masa
● tidak mempunyai rekod jenayah dan / atau belum diisytiharkan bankrap
● tidak mempunyai kecacatan mental

Untuk memohon, anda boleh mengisi borang permohonan di www.quickride.my

Video coretan persidangan akhbar:

Previous post

Toyota Camry dan Corolla Altis Versi Ditambah Baik Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Apa Agaknya Perancangan Geely Yang Sebenarnya?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *