Berita Auto

Mitsubishi Outlander CKD Dilancarkan

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Outlander 2.0L 4WD versi pemasangan tempatan (CKD). Model itu menyertai barisan Outlander bersama dengan varian 2.4L 4WD yang diimport dari Jepun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM dan Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Tan Chong Motor Holdings. Turut hadir adalah Ketua Pakar Produk dari Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Japan, Yoji Otani.

Mitsubishi Outlander CKD Launch 03

Outlander dipasang secara kontrak oleh Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di kilangnya yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur. Ia menjadi model kedua Mitsubishi yang dipasang di negara ini selepas ASX pada tahun 2014.

Mitsubishi Outlander CKD Launch 04

SUV tujuh tempat duduk itu dikuasakan oleh enjin 2.0-liter DOHC MIVEC dengan 145 PS dan 196 Nm. Unit empat silinder itu dipadankan dengan transmisi INVECS-III CVT yang meyalurkan kuasa ke empat-empat roda.

Mitsubishi Outlander CKD Launch 09

Seperti versi 2.4, Outlander 2.0 turut dilengkapi dengan sistem Multi-Select 4WD yang menawarkan tiga pilihan mod iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock.

Mitsubishi Outlander CKD Launch 08

Kelengkapan standard pada varian ini termasuk rim aloi 18 inci, lampu nyalaan siang LED, lampu hadapan dan pengelap cermin automatik, Keyless Entry dengan butang penghidup enjin, sistem infotainment dengan skrin sesentuh 7 inci, Apple CarPlay serta Air Gesture Control.

Mitsubishi Outlander CKD Launch 13

Untuk kemudahan tambahan, pembeli juga mendapat sensor parkir hadapan, perakam video digital, filem cermin solar/keselamatan pada semua tingkap serta kamera undur dengan garis panduan.

Mitsubishi Outlander CKD Launch 05

Dari segi keselamatan, Outlander 2.0L mempunyai tujuh beg udara, ABS dengan EBD, Brake Assist, Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA), Rest Reminder dan cagak Isofix.

Mitsubishi Outlander CKD Launch 10

Outlander 2.0L 4WD CKD ditawarkan pada harga pengenalan RM139,988 sehingga penghujung tahun ini. Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar dari MMM selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Mitsubishi Outlander CKD Launch 11

Tiga warna boleh dipilih iaitu Red Metallic, Solar White dan Ruby Black yang merupakan warna baru bagi Outlander dan hanya ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

 

 

Previous post

Kejohanan China GT Kembali ke Shanghai

Next post

Lamborghini Super Trofeo Eropah Pusingan Ke-5 Janji Aksi Menarik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *