Motosikal / Lain Lain Roda

Kawasaki dan GiatMara jalin usahasama, lancarkan bengkel motosikal berkuasa tinggi

Berikutan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada 1 November 2016, GiatMara dan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah melancarkan Bengkel Motosikal Berkuasa Tinggi yang dibangunkan dengan usahasama antara dua syarikat itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Usahasama antara GiatMara dan KMSB adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran di dalam industri motosikal berkuasa tinggi di Malaysia. Dengan platform Giatmara sebagai sebuah institusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional, ia membolehkan para pelatih mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal.

KMSB pula mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang motosikal berkuasa tinggi, sekaligus dapat melengkapkan dan membantu objektif tersebut.

Dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, bengkel tersebut akan digunakan oleh para pelatih untuk selama empat bulan. Seterusnya, para pelatih yang terpilih akan menjalani latihan industri selama tiga bulan di pusat servis Kawasaki di Glenmarie, Shah Alam.

Latihan tersebut akan mendedahkan peserta kepada suasana kerja yang sebenar termasuk prosedur operasi standard (SOP) Kawasaki. Selepas tamat latihan industri, mereka yang terpilih boleh memilih untuk memulakan kerjaya bersama KMSB atau rangkaian pengedar sah Kawasaki.

Selain itu, KMSB juga menyumbang dari segi memberi input dalam program usahasama ini. Syarikat itu berharap langkah ini akan sedikit sebanyak membantu GiatMara dalam meningkatkan imej industri serta melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor permotoran
khususnya motosikal berkuasa tinggi.

Previous post

TC Euro Car Tawar Pakej Servis 5INCAPTUR Dan Rebat Untuk Renault Captur

Next post

Mazda CX8 Dilancar Di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *