Motosikal / Lain Lain Roda

Honda RS150R 2017 tampil dengan warna dan grafik segar

Setelah lebih setahun dilancarkan di pasaran Malaysia, Honda RS150R kini tampil dengan pilihan warna dan grafik baharu bagi tahun 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Supercub tersebut b0leh didapati dalam tiga warna baharu iaitu Edisi Trico (tiga warna), Candy Scintillate Red (merah), dan Pearl Nightfall Blue (biru), manakala edisi Repsol sedia ada masih lagi ditawarkan.

RS150R Pearl Nightfall Blue

Sejak dilancarkan, RS150R mendapat sambutan baik dari kalangan penunggang kapcai dengan purata jualan melebihi 2,000 unit setiap bulan. Edisi terbaru ini akan berada di bilik pameran Honda mulai 8 Ogos ini dengan harga bermula dari RM8,478.94 bagi warna merah dan biru, dan dari RM8,796.94 bagi edisi Trico dan Repsol.

RS150R_Candy Scintillate Red

Dianggap sebagai seteru kepada Yamaha Y15ZR, RS150R dikuasakan oleh enjin 150 cc DOHC dengan penyejukan cecair dan kotak gear enam kelajuan. Gabungan ini menghasilkan 15.4 hp pada 9,000 rpm dan 13.5 Nm pada 6,500 rpm. Motosikal seberat 123 kg itu juga mempunyai tangki minyak berkapasiti 4.5 liter dan brek cakera di bahagian depan dan belakang.

 

Previous post

Hyundai Ioniq Kini Dengan Sistem AVN

Next post

Yamaha 135LC dengan pilihan warna baharu bagi 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *