Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan R nineT Scrambler dengan Tangki Minyak ‘Monolithic Metallic Matte’

Selepas diperkenalkan pada Oktober tahun lalu menerusi varian yang dilengkapi tangki minyak ‘brushed aluminium’, BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan pula varian baharu R nineT Scrambler dengan tangki minyak ‘monolithic metallic matte’.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menyerlahkan kebangkitan semula motosikal jenis Scrambler, R nineT Scrambler tampil dengan susuk klasik melalui perkadaran ikonik yang terdiri daripada enjin boxer,tangki bahan api bersaiz kompak dan bahagian belakang ‘filigree’. Motosikal dengan reka bentuk yang tidak ditelan zaman itu juga hadir dengan speedometer klasik bersama paparan analog dalam satu kluster instrumen yang diintegrasikan pada bahagian hadapannya.

?????????????????????

Maklumat-maklumat penting seperti masa dan jarak perjalanan boleh dilihat pada dua baris paparan LCD.

?????????????????????

Nadi utama R nineT Scrambler tidak lain dan tidak bukan adalah enjin boxer dua silinder berkapasiti 1,170 cc yang menghasilkan 110 hp dan 116 Nm tork. Menurut BMW, pemetaan enjin diberi peningkatan bagi menepati piawaian Euro 4, sekaligus membolehkan ia mencapai tahap penggunaan bahan api sebanyak 5.3 liter setiap 100 km. Kuasa pula dihantar ke tayar belakang melalui kotak gear enam kelajuan lengkap dengan aci pemacu universal.

?????????????????????

Suspensi juga telah dipertingkatkan dengan fork hadapan boleh laras sepenuhnya yang diambil daripada model S 1000 RR.

The new BMW R nineT Scrambler (7)

Harga atas jalan termasuk GST bagi R NineT Scrambler juga telah disemak semula dari RM92,900 menjadi RM86,900.

Previous post

Jualan Kereta Diesel Jatuh 15% Setakat Ini Tahun Ini

Next post

Jualan Global INFINITI Meningkat 37 % Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *