Berita Auto

Porsche 911 GT3 Buat Kemunculan Pertama di Geneva

Geneva Motor Show tahun ini menyaksikan pelancaran beberapa model kereta sport berprestasi tinggi, dan salah satunya adalah Porsche 911 GT3 (991.2) baharu. Dengan model terbaru ini, Porsche menawarkan semula transmisi manual enam kelajuan yang tidak disertakan tiga tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bukan itu sahaja, enjin 3.8-liter enam silinder sebelum ini turut digantikan dengan enjin aspirasi semulajadi 4.0-liter enam silinder yang menghamburkan 500 hp dan 460 Nm tork. Dengan transmisi PDK tujuh kelajuan, 911 GT3 mampu memecut dari 0 – 100 km/h dalam 3.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 318 km/j.

Porsche 911 GT3 02

Dengan kotak gear manual pula, kereta sports itu mencapai kelajuan 100 km/j dalam 3.9 saat, namun mempunyai kelajuan maksimum sehingga 320 km/j.

Dibina berdasarkan pengalaman Porsche dalam bidang sukan bermotor, casis 911 GT3 berada pada kedudukan 25 mm lebih rendah berbanding 911 Carrera S, dan ia mempunyai kawalan stereng roda belakang yang menggerakan tayar mengikut arah yang sama atau bertentangan dengan tayar hadapan. Sistem tersebut, bersama-sama dengan cagak enjin dinamik dan pengkamiran belakang (rear differential lock), meningkatkan kestabilan 911 GT3.

Porsche 911 GT3 03

Dari aspek penampilan, 911 GT3 menyerlahkan wataknya melalui spoiler hadapan dan belakang serta bampar hadapan yang telah dioptimumkan demi aliran udara yang lebih baik. Peningkatan aerodinamik juga jelas di bahagian belakang, di mana kereta ini memakai diffuser dan bukaan udara ekzos.

Kabinnya pula dihiasi dengan stereng sport GT yang diambil dari 918 Spyder, serta tempat duduk sports dengan penyokong sisi dan hadapan dan pelarasan mekanikal.

Porsche 911 GT3 05

Selain itu, Porsche turut menawarkan tiga lagi jenis tempat duduk iaitu tempat duduk sports adaptif dengan pelarasan elektrik 18 cara; tempat duduk bucket dengan beg udara toraks dan pelarasan manual; serta tempat duduk bucket penuh yang diperbuat dari plastik bertulang gentian karbon (CFRP) dengan kemasan tenunan karbon.

Selain daripada Porsche Communication Management (PCM) dengan navigasi atas talian dan info trafik masa sebenar, 911 GT3 juga didatangkan dengan modul Connect Plus dan applikasi Track Precision yang membolehkan pemandu memaparkan, merekodkan serta menganalisa data pemanduan menggunakan telefon pintar mereka.

Porsche 911 GT3 04

 

Previous post

Auto Bavaria Taja Kenderaan Sempena Forum UNESCO 2017

Next post

Honda Civic Type R Baharu Buat Peminat Hot Hatch Tak Senang Duduk

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *