Motosikal / Lain Lain Roda

Edaran Modenas Dilantik Sebagai Pengedar Eksklusif Skuter KYMCO di Malaysia

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), dan ahli Kumpulan DRB-HICOM, hari ini mengumumkan pelantikan EMOS sebagai pengedar eksklusif baharu jenama Kymco di Malaysia.

Penganugerahan ini bukan sahaja menandakan kemunculan semula jenama Kymco di negara ini, tetapi juga usahasama strategik yang akan membuka peluang bagi kerjasama yang saling menguntungkan dan menawarkan pelbagai sinergi untuk kedua-dua pihak. Dengan kerjasama baharu ini, EMOS akan bertanggungjawab bagi pengedaran, jualan dan pemasaran jenama itu di pasaran tempatan. Sebagai permulaan, EMOS akan membawa masuk dua model – skuter 250i Downtown dan 400i Exciting ke pasaran Malaysia.

“Ia merupakan satu penghormatan kepada kami bahawa Kymci, pengeluar skuter terbesar di Taiwan, dan kelima terbesar di dunia dalam segmen skuter dan motosikal, telah memilih untuk bekerjasama dengan EMOS bagi mengukuhkan semula jenama Kymco di pasaran Malaysia. Kami berhasrat untuk memberi nafas baharu kepada KYMCO dan mempromosikannya sebagai salah satu jenama skuter yang terkemuka di Malaysia” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan, DRB-HICOM Berhad.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kymco adalah jenama skuter terkemuka di Asia Tenggara dan menyasarkan Malaysia untuk mengembangkan perniagaan mereka di rantau ini.

Dengan barisan skuter-skuter baharu Kymci untuk pasaran tempatan, EMOS menyasarkan untuk menguasai lebih daripada 25% pasaran skuter tempatan menjelang bulan Mac 2017. Skuter menyumbang sebanyak 13% daripada keseluruhan jumlah industri jualan motosikal negara sebanyak 60,000 unit pada tahun lepas.

Untuk mencapai sasaran ini, EMOS telah melantik 30 pengedar eksklusif di seluruh Malaysia, termasuklah di Sabah dan Sarawak, untuk mempromosikan skuter ini. Skuter Kymco hanya boleh didapati di kedai-kedai para pengedar eksklusif ini sahaja.

“Kami melihat keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran untuk produk-produk baharu dan lebih berteknologi maju. Kerjasama dengan Kymco bukan sahaja akan menjadi permulaan kepada kerjasama yang saling menguntungkan, tetapi juga akan membolehkan EMOS untuk meluaskan kepelbagaian rangkaian produk-produknya di pasaran. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan kedudukan dan pegangan pasaran kami dalam industri,”, kata Syed Faisal.

Previous post

Toyota Camry Baharu 2016 Dibuka Untuk Pesanan

Next post

Terima Kasih Yang Tak Terhingga Kepada Anda Semua

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *