Berita Auto

Perodua Sasar Penghantaran Bezza Sebanyak 6,000 Unit, Tempahan Pula Cecah 19,000 Unit

Nampaknya jualan Perodua Bezza kencang macam ribut taufan. Setakat 12 Ogos, hampir 6,000 unit Bezza dalam proses penghantaran manakala tempahan pula mencecah 19,000 unit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Setakat semalam, 5,000 Perodua Bezza telah berjaya diserahkan sejak dilancarkan pada 21 Julai lalu dan kami menjangka akan menghantar 1,000 unit lagi pada hari ini,” Presiden dan CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata.

Menurut syarikat itu, pecahan unit yang telah diserahkan adalah 42% untuk varian 1.3L Advance Version, 43% untuk 1.3L Premium X dan 15% untuk varian 1.0L.

Perodua Bezza

Sedan kompak segmen A itu adalah kenderaan Perodua pertama dengan badan yang direka sepenuhnya oleh warga Malaysia. Proses mereka bentuk kereta itu bermula pada 2014 dengan sokongan rakan kongsi Perodua iaitu Daihatsu Japan. Sejumlah RM300 juta telah digunakan untuk membangunkan model yang mempunyai 95% bahan tempatan itu.

Bezza dipasang bersama-sama dengan Axia di kilang Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, yang merupakan kilang EEV yang mempunyai 75% kadar pengautomatan atau ‘automation rate’.

Dashboard_AdPerodua Bezzavance

Perodua Bezza dijual dengan harga bermula dari RM37,000 untuk varian 1.0L Standard G manual hingga RM50,800 untuk varian 1.3L Advance. Ia boleh didapati dalam enam warna; Sugar Brow dan Ocean Blue baharu, serta Lava Red, Ebony Black, Glittering Silver dan Solid Ivory White.

 

Previous post

Toyota 86 Direka Semula

Next post

Honda CBR500R, CB500F dan CB500X Terbaharu Dilancar - Harga dari RM31,363

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

1 Comment

  1. […] Download Image More @ http://www.gohedgostan.com […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *