Gaya Hidup

Produk Teknologi Bantu Anda Kurangkan Bil Bulanan

Adakah anda risau tentang bil bulanan yang semakin mahal? Sebenarnya terdapat banyak produk-produk berteknologi tinggi dan rendah di luar sana yang mampu membantu anda untuk berjimat, terutama pada waktu sekarang. Anda hanya perlu tahu di mana hendak mendapatkannya.

LED lamp

BIL ELEKTRIK ANDA

Memang mustahil kalau hendak mengelak daripada membayar bil elektrik setiap bulan. Tetapi ada beberapa gajet yang mampu mengurangkan jumlah bil tersebut.

1. LED GIF

Lampu LED
Salah satu idea pintar adalah dengan menukar kepada mentol LED, pilihan paling menjimatkan tenaga yang ada di pasaran. Ketika harga mentol konvensional atau pendaflor lebih mahal, mentol LED mempunyai jangka hayat dua hingga enam kali lebih lama dan tidak perlu kerap ditukar. Satu kajian yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2015 menunjukkan bahawa penggunaan mentol LED di rumah mampu mengurangkan kos elektrik dengan signifikan. Menukar lampu biasa kepada LED boleh menjimatkan bil elektrik tahunan sehingga 88.52 peratus.

Aliran Tenaga Pintar
Semua orang bersalah kerana mempunyai kabel yang berlebihan. Tahukah anda bahawa gajet terus menggunakan tenaga biarpun ketika ia tidak digunakan? Kehabisan tenaga yang berlaku sepanjang masa ini memang membazirkan elektrik dan wang anda. Ada kajian menunjukkan bahawa kuasa sedia ada boleh menambah 5 hingga 10 peratus kepada penggunaan tenaga isi rumah secara puratanya.

Lain kali jika anda mahu mengecas, gunakan aliran tenaga pintar. Pengurus tenaga yang efisien ini mempunyai ciri-ciri binaan dalam yang boleh mengesan apabila peranti anda masuk ke dalam mode bersedia. Ia kemudian akan memutuskan bekalan elektrik untuk mengelakkan pembaziran.

Sistem Penyejukan Rumah Pintar
Untuk benar-benar mengawal bil elektrik, anda perlu melihat kepada sistem penyejukan rumah. Menukar pendingin hawa konvensional dengan pendingin hawa berteknologi pembalik (inverter) boleh menjimatkan tenaga sehingga 30 peratus. Pendingin hawa dengan teknologi pembalik boleh digunakan tempoh masa yang lama. Tetapi ia hanya menggunakan tenaga yang diperlukan sahaja untuk mengekalkan suhu yang diingini.

 

2. ECOBOOST IMAGE

DI STESEN MINYAK

Tiada siapa sukakan harga bahan api yang sentiasa turun naik. Tetapi kami mempunyai beberapa cara supaya anda boleh berjimat di stesen minyak.

2. ECOBOOST GIF

Enjin yang Efisien
Enjin kereta merupakan faktor penting apabila menyentuh tentang penjimatan bahan api. Jadi, sekiranya anda sedang mencari sebuah kereta baharu, pilihlah enjin yang paling menjimatkan dan memenuhi keperluan anda. Ford memudahkan urusan ini menerusi barisan enjin EcoBoost keluarannya. Enjin petrol ini bukan sahaja sangat efisien dan menjimatkan, malah cukup responsif serta mampu memberikan banyak kuasa kepada pemandu apabila diperlukan. Ini merupakan kombinasi terbaik bagi mereka yang mahu berjimat. Tetapi pada masa sama inginkan pemanduan lebih ‘oomph’ apabila mereka memerlukannya.

Mobiliti Lebih Pintar

Aplikasi telefon pintar boleh membuatkan urusan bergerak menjadi lebih mudah. Salah satu contoh ialah Waze. Aplikasi ini bukan sahaja membolehkan pengguna merancang perjalanan, malah ketika memandu, mereka mempunyai akses kepada maklumat seperti stesen petrol terdekat dan laluan yang paling pendek.

Power Bank Mudah Alih

Membiarkan gajet dicaj di dalam kereta, lama kelamaan boleh mengurangkan kapasiti bateri kenderaan anda. Tindakan itu membuatkan enjin terpaksa bekerja lebih keras untuk mengecaj, sekali gus membakar lebih banyak bahan api. Bagi mengelakkan masalah ini, beli dan gunakan power bank. Peralatan yang boleh dibawa ke mana-mana ini sememangnya satu sumber kuasa yang bagus.

 

3. SHOWER HEAD IMAGE

BIL AIR ANDA  

Membazirkan air sama seperti membuang wang ke dalam longkang. Aplikasikan teknologi-teknologi ini di rumah anda untuk memastikan bajet anda tidak lari.

3. SHOWER HEAD GIF

Alat Pengudaraan Kepala Paip
Salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan bil elektrik anda ialah dengan memasang alat pengudaraan kepala paip bercekapan tinggi. Alat kecil ini direka untuk meningkatkan jumlah udara di dalam saluran air anda. Ia membantu mengurangkan aliran air secara keseluruhannya ke dalam sink tanpa perlu berkompromi dengan tekanan air. Ini merupakan pembaikan pantas untuk membantu mengurangkan penggunaan air.

Kepala Semburan Pintar
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih berteknologi tinggi, terdapat banyak kepala semburan air yang mesra alam di pasaran. Bagi mereka yang ingin menikmati mandi lebih lama, pilihlah kepala semburan yang akan bertukar warna jika anda sudah mencapai had penggunaan airnya. Bagi mereka yang tetap mahu mandi dalam masa yang lama, dapatkan kepala semburan yang menawarkan aliran dan corak air lebih menjimatkan.

# # #

Previous post

Tonton Prebiu Pendek Kita Tentang Honda Civic

Next post

Yamaha 125ZR Dijual Lebih Mahal Dari Harga Yang Disyorkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *