Cerita Auto

Petrol RON 100. Adakah Anda Benar-Benar Perlukannya?

Sudah lama kita inginkan bahan api yang berkualiti dan ia mengambil masa harga minyak mentah dunia jatuh secara drastik untuk akhirnya membawanya ke Malaysia. Kini dengan harga minyak pada paras rendah  …… peruncit petrol akhirnya menawarkan rakyat Malaysia bahan api yang lebih berkualiti dan pemilik kereta hanya baru diperkenalkan kepada RON 100 dan dari Perodua ke Porsche bergegas-gegas untuk mengisi RON 100 tanpa betul-betul memahami bahan api ini. Jadi kami mengambil keputusan untuk bertanya dan menjawab beberapa soalan penting mengenainya.

  1. Adakah kita benar-benar perlu bahan api yang berkualiti tinggi … seperti RON 100?
  2. Kereta mana yang boleh menggunakan RON 100 dan mana yang TIDAK patut menggunakan RON 100?
  3. Adakah harga tambahan untuk RON 100 berpatutan?
  4. Manfaat menggunakan RON 100 apabila saya telah menggunakan RON97 atau RON95 sejak kereta baru dibeli?

Apakah maksud oktana yang lebih tinggi, seperti RON 100? Ia adalah ukuran berapa banyak campuran udara dengan bahan api merintangi letupan dalam enjin.

Enjin kereta moden direka untuk tahan tekanan campuran udara dengan bahan api yang agak tinggi , jika campuran ini terbakar sebelum tekanan dicapai, enjin tidak akan berjalan dengan baik kerana pencucuhan berlaku pada masa kitaran enjin yang salah.

Inilah sebabnya mengapa hanya bahan api dengan “nombor oktana” betul boleh digunakan untuk mana-mana enjin, bergantung kepada bagaimana enjin yang direka, jika tidak, enjin anda tidak akan berjalan dengan betul. Buku manual  kereta anda biasanya akan menyatakan “nombor oktana” yang tepat untuk enjin kereta anda.

Jika anda meletakkan bahan api RON 100 dalam enjin “normal”  yang hanya memerlukan RON 95, ia mungkin mempunyai kesan yang memudaratkan, kerana enjin akan mengambil masa yang sukar membakar bahan api oktana RON 100 yang lebih tinggi.

Oleh itu ianya sama sekali tidak ada sebab untuk anda menggunakan bahan api oktana tinggi  kecuali buku manual kereta anda MENYATAKAN yang anda dikehendaki mengunakkannya untuk menjalankan kereta anda dengan cekap.

Walaupun kereta anda meminta bahan api oktana yang lebih tinggi, kereta anda mungkin boleh menggunakan bahan api oktana yang lebih rendah kerana variable timing. Buku manual kereta anda akan menyatakan butirannya. Walau bagaimanapun, ia tidak akan mempunyai prestasi sebanyak mana, kerana timing terencat untuk mengelakkan ketukan enjin.

 

Previous post

Petron Lancar BLAZE 100 EURO 4M - Octane Rating Tertinggi di Malaysia

Next post

Bekas Stig Terangkan Mod-Mod Ford Focus RS Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>