Cerita Auto

Suzuki Jepun Menarik Balik 2 juta Kereta Kerana Masalah Pada Suis Ignition

Suzuki Motor Corp. berkata mereka akan menarik balik 2 juta kereta, satu catatan bagi pembuat auto itu, termasuk Chevrolet Cruzes yang dibina untuk General Motors, bagi menggantikan suis ignition setelah mendapat laporan asap keluar dari komponen yang rosak itu.

Tindakan itu lanjutan dari penarikan balik 168,000 kereta yang telah dikeluarkan pada 31 Mac atas masalah yang sama selepas menerima laporan suis ignition yang terbakar atau berasap pada 30 buah kereta di Jepun.

Suzuki-Swift-2

Mengikut laporan terbaru, penarikan balik adalah sebanyak 1,873,00 kereta dari 9 model di Jepun. Ini termasuk model Cruze, AZ-Wagon dan Carol yang dijual dibawah jenama Mazda Motor Corp., dan Suzuki model Alto, WagonR dan Swift yang dibina antara tahun 1998 dan 2009.

Penarikan balik ini juga termasuk 133,700 Swift, Alto, Chevy Cruze dan model lain dalam pasaran luar Negara seperti Australia dan Eropah.  Kita tunggu dan lihat bila Suzuki Malaysia akan mengeluarkan notis penarikan balik ini untuk pasaran kita yang mungkin melibatkan jumlah yang besar kerana penjualan Suzuki di Malaysia sangat baik dengan model Swift mengambil sejumlah besar dari jualan.

Tidak ada sesiapa yang cedera akibat dari masalah ini dan belum ada sebarang laporan tentang kebakaran atau asap pada suis ignition di luar dari Jepun, kata jurucakap mereka.

Suzuki-Swift_0

Previous post

Perodua ‘MYVI Nation, The Biggest Myvi Gathering’

Next post

Volkswagen Umumkan Golf R420 untuk Tahun 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>